Mencerminkan skrin peranti anda secara wayarles di TV
Anda boleh menggunakan ciri Pencerminan skrin untuk memaparkan skrin peranti anda
di TV atau paparan besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi
Wi-Fi Direct® membuat sambungan wayarles antara kedua-dua peranti itu, jadi anda
boleh bersantai sambil menikmati tontonan foto kegemaran anda dengan selesa dari
sofa anda. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada
peranti anda menggunakan pembesar suara TV.
Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif
jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi lain.
128
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mencerminkan skrin peranti anda di skrin TV
1
TV: Ikut arahan dalam Panduan pengguna untuk TV anda bagi menghidupkan
fungsi pencerminan skrin.
2
Peranti anda: Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pencerminan skrin.
4
Ketik
MULA.
5
Ketik
OK dan pilih peranti.
TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast
™
untuk
dapat berfungsi. Jika TV anda tidak menyokong pencerminan skrin, anda mungkin perlu
membeli penyesuai paparan wayarles secara berasingan. Apabila menggunakan pencerminan
skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.
Untuk menghentikan pencerminan skrin antara peranti
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Sambungan peranti > Pencerminan skrin.
3
Ketik
Putuskan samb., kemudian ketik OK.